Tuesday, December 9, 2008

Takrifan Halal (Malaysia)

Takrifan
Bagi tujuan prosedur halal di Malaysia, takrifan berikut adalah digunapakai:

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf;
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa HDC, JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki,
Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau
oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan
sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan
atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan
itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau
perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh
Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut
Hukum Syarak; dan
d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang
tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum
Syarak.

Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan
atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Barangan Gunaan
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.

Premis Makanan
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan
selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk,
katerer dan lain-lain.

Rumah Sembelih
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang .

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

Logo Halal Malaysia:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

oleh: Wahidi dari sumber-sumber JAKIM-HDC 2008. layari www.halal.gov.my

EENAK JENAMA HALAL PALING HANGAT MENJELANG 2010





DAPATKAN SURAT KHABAR SINAR MINGGU HADAPAN YA..


BEGEDIL BUKAN SETAKAT MAKANAN BIASA

SELASA- Sebelum ini kita sering mendengar pelbagai makanan sejuk beku buatan bumiputera yang laris dipasaran dengan pelbagai jenis yang kadang-kadang hampir sama antara satu sama lain. Salah satu makanan yang jarang didengar sebagai makanan yang komersil di Malaysia ialah begedil. Begedil?.

Sebuah syarikat bumiputera yang berpusat di Shah Alam iaitu Peranan Alaf Sdn Bhd telah memulakan perusahaan makanan sejuk beku pada bulan JULAI 2008 dan telah memilih lokasi pengeluaran di Kampung Jawa; Klang, Selangor Darul Ehsan. Kilang ini memulakan operasinya pada 11 Ogos 2008 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik sejuk beku, ruang kerja, bilik rehat, surau dan pejabat. Pengurusan syarikat sangat mementingkan kebersihan dan ianya adalah keutamaan syarikat ini. Matlamat kami adalah menjadikan produk makanan kami bersih lagi halal serta bermutu tinggi.

Peranan Alaf Sdn Bhd kini telah bersedia menerima tempahan makanan sejuk beku dengan purata pengeluaran 800biji hingga 1000 biji sehari dan mempunyai 10 orang pekerja mahir yang terlatih. Selain pengeluaran begedil, Peranan Alaf Sdn Bhd telah menambah fokus tempahan kuih sejuk beku seperti apok-apok, kuih kaswi, popia dan nasi beriani.


Pengurus pemasaran, Encik Wahidi berkata, "bukan mudah untuk untuk memulakan perkara yang baru. Cuba dan terus mencuba hingga anda tahu kejayaan pasti anda jumpa. Produk Begedil sememangnya berpotensi di Malaysia bahkan diluar Malaysia jika kita mahukannya begitu".

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui Dato' Johar dan Pasaraya Mydin melalui Dato' Ameer yang telah banyak membantu memberikan peluang yang besar dalam merealisasikan impian pihak pengurusan dan pekerja dalam meletakkan produk syarikat ini di Hypermarket di seluruh Malaysia. Visi utama syarikat kami ialah membawa jenama EENAK menembusi pasaran makanan halal di Malaysia menjelang 2009."