Tuesday, December 9, 2008

DAPATKAN SURAT KHABAR SINAR MINGGU HADAPAN YA..


BEGEDIL BUKAN SETAKAT MAKANAN BIASA

SELASA- Sebelum ini kita sering mendengar pelbagai makanan sejuk beku buatan bumiputera yang laris dipasaran dengan pelbagai jenis yang kadang-kadang hampir sama antara satu sama lain. Salah satu makanan yang jarang didengar sebagai makanan yang komersil di Malaysia ialah begedil. Begedil?.

Sebuah syarikat bumiputera yang berpusat di Shah Alam iaitu Peranan Alaf Sdn Bhd telah memulakan perusahaan makanan sejuk beku pada bulan JULAI 2008 dan telah memilih lokasi pengeluaran di Kampung Jawa; Klang, Selangor Darul Ehsan. Kilang ini memulakan operasinya pada 11 Ogos 2008 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik sejuk beku, ruang kerja, bilik rehat, surau dan pejabat. Pengurusan syarikat sangat mementingkan kebersihan dan ianya adalah keutamaan syarikat ini. Matlamat kami adalah menjadikan produk makanan kami bersih lagi halal serta bermutu tinggi.

Peranan Alaf Sdn Bhd kini telah bersedia menerima tempahan makanan sejuk beku dengan purata pengeluaran 800biji hingga 1000 biji sehari dan mempunyai 10 orang pekerja mahir yang terlatih. Selain pengeluaran begedil, Peranan Alaf Sdn Bhd telah menambah fokus tempahan kuih sejuk beku seperti apok-apok, kuih kaswi, popia dan nasi beriani.


Pengurus pemasaran, Encik Wahidi berkata, "bukan mudah untuk untuk memulakan perkara yang baru. Cuba dan terus mencuba hingga anda tahu kejayaan pasti anda jumpa. Produk Begedil sememangnya berpotensi di Malaysia bahkan diluar Malaysia jika kita mahukannya begitu".

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui Dato' Johar dan Pasaraya Mydin melalui Dato' Ameer yang telah banyak membantu memberikan peluang yang besar dalam merealisasikan impian pihak pengurusan dan pekerja dalam meletakkan produk syarikat ini di Hypermarket di seluruh Malaysia. Visi utama syarikat kami ialah membawa jenama EENAK menembusi pasaran makanan halal di Malaysia menjelang 2009."

No comments: